Diam

"Diam bukan beerti tidak menyokong" - Perempuan Berkalong Sorban

Bila terjadi tidak seperti yang kita inginkan, dan jika bicara hanya menjadikan perkara itu menjadi lebih buruk maka kita hanya perlu diam. Bicara lah pada perkara yang seharusnya. Tika keadaan memaksa aku untuk terus berdiam diri di saat kesabaran dan ketengan jiwa ku di uji maka hanya pada Allah lantas semua rasa diri aku adu di hadapan NYA. Sesungguhnya tika itu aku tidak mampu untuk membicarakan apa yang terjadi. Kerana sungguh aku tidak mampu.

Aku masih diam, diam tanpa membicarakan apa yang hati aku rasakan. Tapi aku tetap menyokong apa yg terbaik dalam hidup nya. Kerna selagi aku masih mampu bernafas, kerana slagi tangan ini mampu menadah, dan hati ini masih mampi bermohon pada NYA, maka selagi itu hanya DOA mampu ku panjatkan kepada NYA. Kerana aku memang tiada kuasa untuk membetulkan keadaan mahupun merubah keadaan tanpa izinan NYA.

0 comments:

 
Copyright © Bride of the Rain