Kelebihan surah yassin

(DR FATMA ELZAHRAA

Untuk Keselamatan Diri Yang Susah Menjadi Senang

Ayat 9 - Untuk keselamatan diri
Wa ja’alnaa min aini aidiihim sadan wa in khlafihim saddan fa aghsyainaahum fahum laa yubshiruun

Ayat 12 - Merupakan Jantung Yaasiin - Rasulullah s.a.w. berharap ayat ini dihafal oleh setiap mukmin dan mukminat.
Innaa nahnu nuhyil=mautaa wa naktubumaa qaddamuu wa aatsaarahum wakulla syai in ahshainaahu fii imaamin mubbin

Ayat 13 - 35 - Mengisahkan orang-orang yang mati syahid.

Ayat 22 - 23 - Untuk menjaga aqidah Memberi hidayah kepada anak.

Ayat 29 - Sebagai amalan untuk mengelakkan diri dari di fitnah dan kejahatan mulut.

Ayat 30 - Untuk keinsafan - Supaya dapat dipertemukan dengan Allah s.w.t.
(harus sentiasa berada dihati - beramal dengannya).

Ayat 32 - Untuk menginsafkan orang lain supaya menjadi baik.
Caranya: Ingat yang segalanya datang dari Allah s.w.t.
Kita umat Muhammad
Kita orang Islam

Ayat 33 - 35 - Elok dijadikan amalan bagi sesiapa yang suka bercucuk tanam. Tanaman akan subur

Ayat 36 - Menerangkan yang kehidupan ataupun kejadian di dunia ini
dijadikan berpasang-pasangan. Ayat ini elok diamalkan bagi sesiapa yang
belum berkahwin supaya di pertemukan jodoh.
Caranya: Baca dan berdoa. Hembus dan sapu pada muka setiap pagi sebelum
keluar rumah.
Subhaanalladzii khalaqal azwaaja kullahaa mimmaa tunbitul ardhu wa min anfusihim wa mimmaa laa ya’lamuun

Ayat 37 - Adalah untuk menetapkan hati - aqidah diri sendiri. Hati yang kering akan hidup semula.

Ayat 38 - Mengisahkan yang bulan dan matahari pun sujud pada Allah s.w.t.
yang satu.

Ayat 39 - Mengisahkan ilmu falak.

Ayat 40 - Merupakan kenyataan Allah s.w.t. yang satu.

Ayat 41 - Mengisahkan Nabi Noh a.s. naik kapal - Elok di baca sewaktu menaiki kenderaan.

Ayat 44 - Mengisahkan keseronokan hidup di dunia - Di baca untuk dijauhkan
fitnah dalam hidup.

Ayat 45 - 48 - Merupakan kedegilan orang kafir kepada Allah s.w.t.

Ayat 49 - Menceritakan hari akhirat dan kehidupannya.

Tiupan 1 - Datang dengan tiba-tiba

Tiupan 11 - Hancur

Tiupan 111 - Semua orang hadir dipadang Mahsyar.

Ayat 50 - Setiap orang akan dihisap mengikut
amalannya.

Ayat 58 - Penawar Sakit - jika sakit lutut semasa sapu minyak dan urut baca ayat berulang kali. Hendaklah yakin.

Ayat 76 - Dibaca untuk mententeramkan diri dari fitnah orang. Dijadikan amalan.

Ayat 78 - 79 - Dikhaskan untuk sakit urat, tulang dan badan. Untuk doa bermula daripada Ayat yang bermaksud: 78. "dia berkata, Siapakah (yang dapat) menghidupkan tulang belulang padahal telah hancur? 79. Katakanlah, Yang akan menghidupkannya ialah yang menciptakannya pertama kali. Dan Dia Maha Mengetahui tentang segala makhluk." Sapu Minyak:

Ayat 82 - Untuk Hajat
Caranya:
Sembahyang Tahajjud (3x) berturut-turut
Baca pada air (100x) - 40hari

HAJAT:-
Selepas sembahyang Subuh hari Jumaat baca surah Yassin
3 kali.

Bermula perkataan Yassin baca 7 kali dan
sambung apabila
sampai ayat 38 baca 12 kali.
sambung sampai ayat 58 baca 7 kali
sambung sampai ayat 82 baca 14 kali sambung sampai
habis
salepas habis - baca al-Fatihah dan minta hajat.

Sembahyang hajat ke-2 dan ikut cara sebagaimana
pertama dan seterusnya
sembahyang yang ke-3.

Dan berdoa apa sahaja hajat
Buah-buahan yang diceritakan dari dalam Al-Quran
adalah:
Buah Zaiton - Elok untuk kulit
Kurma - Berkhasiat (memberi tenaga)
Delima - Dalam sebiji buah ada sebutir biji yang
menjadi penawar ubat yang
mujarab
Ad Tin - Memberi kekuatan - tenaga, fikiran lemah,
tidak boleh beranak.

Wallahualam.

0 comments:

 
Copyright © Bride of the Rain